Info mengenai H1N1....

SELESEMA babi adalah penyakit selesema yang dihidapi oleh babi. Penularan selesema babi adalah perkara biasa di kalangan haiwan ini dan sepatutnya ia tidak menjangkiti manusia kerana tubuh manusia tidak sesuai menjadi perumah kepada virus tersebut.
Malangnya, pada hari ini, tubuh manusia telah dijangkiti virus selesema dari babi. Dengan kata lain, selesema yang dihidapi oleh manusia pada hari ini berkemungkinan disebabkan oleh selesema manusia atau selesema babi.
Namun, yang nyata pada ketika ini, demam selesema yang dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah dianggap berpunca daripada selesema babi sehingga dibuktikan sebaliknya oleh doktor.

Mengikut kajian terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar kematian akibat selesema babi adalah kurang dari satu (1) peratus. Walaubagaimanapun, kadar kematian disebabkan oleh selesema babi di Malaysia adalah lebih kurang dua (2) peratus. Ini bermakna, jika 5 juta rakyat Malaysia mengidap selesema babi, maka anggaran kematian ialah seramai 100,000 orang. Satu jumlah yang cukup menggerunkan bagi kiat semua

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Influenza A(H1N1) masih aktif dan masih menular dalam komuniti, walaupun kes yang melibatkan penyakit itu semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga hari ini tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) didaftarkan menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai jangkitan influenza A(H1N1) melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui e-mel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta menerusi laman web Kementerian Kesihatan iaitu di http://www.moh.gov.my/ atau http://h1n1.moh.gov.my/ .

No comments:

Post a Comment

Strictly Academic

Cheap domain names

IVSage+1 (c) copyright reserved