TIN COLA-KAKI PALSU (KHAS)

6 Februari 2009

Tahukah anda bahawa salah satu komponen dalam pembuatan kaki palsu diperbuat daripada penutup tin aluminium.

Krew Berita RTM Kota Kinabalu yang sempat mengunjungi sebuah syarikat pengeluar dan pembekal peralatan bantuan bagi golongan kurang upaya termasuk kaki palsu menyingkap di sebalik pembuatan alat bantuan tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Pusat Pemulihan Maju Jaya, H.K. Tan, syarikat pengeluar dan pembekal peralatan bantuan bagi golongan kurang upaya tunggal di Sabah itu telah beroperasi sejak tahun 2002.

Tanggungjawab sosial bagi membantu membekalkan peralatan bantuan golongan OKU merupakan matlamat utama penubuhan syarikat tersebut selain matlamat mendapatkan keuntungan.

Ini berikutan dengan adanya syarikat tersebut di negeri ini, golongan kurang upaya yang memerlukan peralatan tersebut di import dari luar negara malah mengambil masa yang lama.

Tan berkata, dengan adanya bekalan komponen bagi pembuatan peralatan bantuan tersebut yang mudah diperolehi dan di buat di dalam negeri membolehkan peralatan tersebut lebih murah dan senang di dapati.

Antara bahan-bahan utama bagi pembuatan peralatan bantuan OKU seperti kaki dan tangan palsu adalah seperti Plaster of Paris (P.O.P), Poly Poplin (P.P), Pelite (P.Light) yang juga dikenali Termoplastik dan Aluminium Aloi.

Kesemua bahan tersebut digunakan dalam setiap proses membuat peralatan bantuan OKU seperti kaki palsu yang bermula dari mengukur dan melilit bahagian anggota badan yang memerlukan peralatan tersebut menggunakan P.O.P yang merupakan bandage khas yang mudah dilentur mengikut bentuk kaki asal OKU.

Sementara proses akhir pembentukan peralatan tersebut ialah memasang aluminium aloi yang merupakan bahan kitar semula penutup tin aluminium untuk disambungkan kepada tapak kaki palsu.

Selain Aluminium Aloi, Tatanium dan Standard Steel merupakan komponen utama dalam pembuatan kaki palsu yang bertindak sebagai tulang kaki. Kaki palsu yang menggunakan Tatanium dalam kaki palsu adalah paling mahal dan diikuti Standard Steel.

Bagaimanapun, kaki palsu yang menggunakan Aluminium Aloi adalah yang paling ringan sehingga ada yang mencecah kurang satu kilogram.

Dari segi harga pula bergantung kepada kecacatan seseorang bagi setiap pembuatan peralatan bantuan tersebut iaitu bawah lutut antara RM1,000-800 hingga RM30,000 sementara atas lutut pula dianggarkan kos yang ditawarkan diantara RM3,500 hingga RM200,000 dan bergantung kepada kualiti bahan dan peralatan yang digunakan.

Pusat ini juga memberikan perkhidmatan seumur hidup kepada pelanggannya selain memberikan perkhidmatan fisioterapi dan bantuan kepakaran percuma kepada OKU yang tidak berkemampuan.
BRUNEI-KHAS (STOK)

19 Januari 2009

Inisiatif sebuah syarikat pengangkutan menyediakan perkhidmatan pengangkutan Kota Kinabalu-Brunei dan Brunei Kota Kinabalu setiap hari dijangka melonjakkan lagi kehadiran pelancong dari negara jiran itu termasuk pelancong asing.

Pengurus Syarikat Pengangkutan Jesselton Express Sdn Bhd, Koh Ken Aik berkata, pemilihan Brunei sebagai destinasi baru perkhidmatan syarikat tersebut bertepatan dengan keperluan yang mendesak dikalangan pengguna kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian kepada RTM ketika di temui di Terminal Bas Kota Kinabalu di Kota Kinabalu.

Koh Ken berkata, syarikat tersebut juga telah menandatangani satu perjanjian dengan negara tersebut bagi penyediaan pengangkutan bagi destinasi tersebut sebagai memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Beliau yakin, perkhidmatan tersebut bukan sahaja memberi pilihan kepada pengguna yang ingin mencuba perjalanan darat selainmenjimatkan kos. Ini berikutan tambang bagi pengangkutan udara adalah tinggi berbanding pengangkutan bas.

Koh juga yakin, perkhidmatan tersebut akan menyumbang kepada pembangunan BIMP-Eaga khususnya menghubungkan Brunei dan Filipina bagi kegunaan peniaga untuk memasarkan produk keluaran mereka melibatkan negara-negara kawasan pertumbuhan ekonomi Asean Timur (BIMP-Eaga).

Strictly Academic

Cheap domain names

IVSage+1 (c) copyright reserved