BARTER-RAYA

29 September 2009

Sistem Barter atau pertukaran barang telah wujud sekian lama masih diamalkan di negara ini khususnya di Sabah.

Bagaimanapun yang uniknya, sistem pertukaran barang ini hanya diadakan setahun sekali iaitu pada pagi tadbir Hari Raya Aidilfitri.

Di Kampung Darau, dekat Kota Kinabalu, amalan pertukaran barang telah diamalkan penduduk kampung sejak sekian lama dan sehinggalah sekarang.

Apa yang menarik sistem pertukaran barang ini hanya melibatkan pertukaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kuih-muih yang kebiasaannya menjadi hidangan tetamu pada Hari Raya.

Kampung Darau merupakan satu-satunya kampung yang mengamalkan sistem itu bagi tujuan pertukaran barang keperluan selain sebagai memenuhi selera masyarakat yang tidak menyambut perayaan tersebut khususnya penduduk di pendalam Sabah yang bukan beragama Islam.

kemeriahan sambutan Hari raya Aidilfitri di Kampung tersebut sememangnya amat dinanti-nantikan penduduk kampung dan juga peraih yang datang dari daerah-daerah utama di negeri ini sejak awal pagi lagi yang semata-mata untuk mendapatkan kuih muih raya untuk tukar dengan hasil pertanian mereka.

Submitted by Salma
Posted by Gwen

No comments:

Post a Comment

Strictly Academic

Cheap domain names

IVSage+1 (c) copyright reserved